Khamis, 18 Ogos 2011

Tips Mengenali Lelaki Melalui Zodiak!!

**Check korangnya BF or bakal BF korang nya zodiak utk korang mngenali BF korang dari zodiak..hihiih
Leo (24 Julai – 23 Ogos) 
Orang nyer: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dgn org yg disayangi nyer. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego… (jejaka leo memang gitu).
Tips utk memikat: Sebagai pompuan, harus lah tunjuk kewanitaan yg selembut-lembut nyer. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai tiap2 ciri dan kualiti ada pada jejaka leo. 
WARNING: Jgn..saya ulangi..JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-banding kan dgn org lain..mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, ader kang nanti merajok, balik bilang mak. 
Virgo (24 Ogos – 23 September) 
Org nyer: pemalu, tak pandai mengawal emosi, Suka mencari perhatian dari pompuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn byk cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yg manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng..kuat merajuk) 
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter “over welming”..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia. 
Libra ( 24 Spetember – 23 Oktober) 
Org nyer: cerewet, posessive, takes tings lightly wen cums to quarrel tapi jujur dlm segala hal
Tips utk memikat: Senang aje..Libra suka pompuan yg ceria, hapy go lucky..SO be urself 
WARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem nak mampos. 
Scorpio ( 24 Oktober – 23 November) 
Ogr nyer: xtion serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nyer..nak bergayut pat talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. 
Tak suka berkongsi pompuan nyer dgn org lain.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio… (jgn kata guek tak kasi warning) 
Sagitarius ( 23 November – 21 December)
Org nyer: Fu..yoh..siapa dpt memang untung… Sagitarius org nyer hapi aje..suka (bergembira tepok tanggan sama2..la la la..) bawa partner jln2..sort of adventures 
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak kluar..nenok wayang ke? kanoeing ke? anytink asal kan jgn membosan kan… 
WARNING: Jgn “u plan..i plan lah”..’confirm tak ada plan’. 
Capricon ( 22 December – 20 Januari)
Org Nyer: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluar kan merasannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda
Tips utk memikat: KOOL aje sis..nak tekel mereka bukan mudah..jgn give in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal 
WARNING: Macam layang2 putus tali..jual mahal..mahal jugak sis..jgn mahal sampai terputus tali..melepas lah kau nanti… 
Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari) 
Org Nyer: Pijak semut tak mati..
Tips utk memikat: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik, glamer..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u 
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org..so sblm dia tingal kan kita..kita blah dulu 
Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Org Nyer: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
Tips utk memikat: Kasi jer belacan…
WARNING: Diorang tak suka macam belacan! 
Aries (21 Mac – 20 April)
Org Nyer: Anak mak! smart mamat. intelligent, 
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertip..bab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya 
WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan pat workshop baru baik. 
Taurus (21 April – 21 Mei)
Org nyer: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri…
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u.. 
WARNING: Kadan Kadang diorang suka buat kelakar sorang sorang… kesian takde orang lain layan…
Gemini (22 Mei – 21 Jun)
Org nyer: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..dlm apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nyer
Tips utk memikat: Sabar aje lah..be patient. Sebagai pompuan, mengalah lah sikit..lambat laun hati nyer akan lembut jugak..Lelaki Gemini niesuka pada pompuan yg lembut, hatinya akan lembut jua. 
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nyer..kalau dah tak tahan dgn mereka..blah aje jgn byk cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer. 
Cancer ( 22 Jun – 23 Julai) 
Org nyer: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dgn kemewahan..tetapi mereka adalah sebalik nyer..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas. 
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lamer jadi masam.. kadang kadang jadi basi..


Mengenali Lelaki Melalui Sifat Luaran (Fizikal)

1. RAMBUT PANJANG
Lelaki berambut panjang sering kali dikatakan sebagai seorang yang romantik dan berjiwa lembut. Walau pun rambut panjang ala rocker sekali pun dan nampak macam ganas, namun anda miliki hati yang mudah retak (fragile) dan cukup mudah tersentuh. Ada wanita yang suka sekiranya pasangannya berambut panjang (asal tidak menyerupai wanita dan tersisir kemas) kerana ia bukan setakat nampak romantik tetapi juga seksi.
2. RAMBUT PENDEK ALA MILITARITegas dan mungkin agak kasar. Itu seperti mana yang digambarkan berhubung dengan lelaki berambut pendek ala militari ini. Tetapi ada juga wanita yang sukakan gaya sebegini kerana ia seakan melambangkan ciri-ciri maskulin seorang lelaki.
3. BOTAKNampak ganas dan jahat, itu hanya luaran saja. Don’t judge the book by it’s cover. Tetapi bagi sesetengah wanita, beranggapan lelaki botak sebenarnya memiliki sifat kelakian yang kental, tahan cabaran tetapi masih terselit kelembutan di dalam dirinya. Selalunya lelaki botak juga seorang yang manja!
4. BERKUMISNampak lebih matang, ada ciri-ciri maskulin dan seorang yang mengambil berat. Tetapi lelaki berkumis juga sering kali dikatakan seorang yang manja dan tak lokek belaian. Untungnya wanita yang mendapat lelaki seperti anda!
5. BERMISAI
Wah! Macho tu bro! Kalau bermisai lentik, lagi nampak lebih ganas dan garang. Tetapi hakikatnya tidak bukan? Come on bro, buktikan yang anda juga seorang lelaki yang budiman dan menghargai orang lain.
6. KURUS
Lelaki kurus sering dikatakan memiliki kemahuan dalam seksual yang agak tinggi berbanding dengan lelaki berbadan tegap. Dan lelaki kurus juga memiliki tahap cemburu yang sukar untuk dibendung. Jaga-jaga, bro. Jangan sampai makan diri sendiri.
7. GEMUK ATAU BOROI
Anda dikatakan mempunyai sifat penyayang yang lebih, berfi kiran jauh dan matang mengendalikan hubungan berbanding dengan lelaki yang bertubuh sederhana atau kurus. Tak kiralah walau perut anda umpama wanita mengandung 5 bulan sekali pun, pasti kekasih anda akan berasa selamat berada di samping anda.


Sifat/Perangai Lelaki Yang Wanita Tidak Suka

1. MENINGGIKAN SUARATahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MENGONGKONGItu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?
3. CEMBURU BUTAOrang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. PANAS BARANAduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGOIni merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
7. MENIPUMasalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. SUKA ‘CUCI MATA’Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
10. PERASANAduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
11.MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIANLelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
13. MATA DUITANJangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
15. PENGOTORAda segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa egan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka emas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWANSanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MENGHARGAISukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELITLelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHOPeh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

**yang aq highlight tulisan MERAH nie yang aq pantang atau lebih tepat aq x suka!!!!

Rabu, 17 Ogos 2011

Memaafkn Diri Sendiri!!

Dalam antara kita di sini yang ada di blog ini msti pernah mengalami masalah, masalah dalam famili, dalam hubungan atau apa pun. Ok jom dngr ok. pade hari ini aq belajar something yang sngt istimewa iaitu memaafkan diri kita. Kenapa perlu sebab dalam hubungan or famili atau ape pun... kte selalu buat kesilapan... dan punca setiap kejadiaan atau perbalahan msti ade permulaan... so kte perlu memaafkan diri kita... dan bila kite sndri tk mampu nk memaafkn diri kite sndri... mknenye akn berlaku larh mslh moral... btol tk?? jd kite perlu memaafkan diri kite...


Seterusnya... hehehehe... kite memaafkan org yg melakukan kesilapan... knpe?? mngkin kesilapan yg dibuatnye... berpunca dari kita sndri... mngkin kte terlepas pndng or kite jarang mngambil perhatian kepada org yg mmbuat kesalahan... ape yg pnting skrng nie adalah MEMAAFKAN ITU PNTING DLM HATI SUPAYA KITE LEBIH TENANG DAN MENJADI LEBIH BAIK... SALAM...

Jumaat, 12 Ogos 2011

BERBUKA PUASA BERSAMA MEREKA!!

7/8/11(AHAD)
Ape2pown aq nk mntak maaf la kt korang sbb lame x update n3 aq nie..hihiihi xad idea nk tulis mcm mane...2 cari ilham dulu(mcm nk sepak diri sendiri hihihiih)
Hari tu ezwen n naja(kwn skolah aq dlu time form 5) dorang dtg ambik aq kt umh aq sg buloh jauh gak la dorang dtg semata2 dtg ambik aq nk buka puasa sama2 dak2 kelas yg lain..kesian gak kt dorang tp ezwen sggup ambik aq..masa tu di sampy dalam pkul 4 mcm tu la..masa nk balik tu boleh plk dorang singgah tgk keta2 terpakai yang nk jual kt dgn umh aq tu...biasa la lelakikn minat pasal keta2 nie..lpas tgk tu trus shoot ke wangsa maju..umh sewa aq..mula2 nk grak g buka trus tp awal lg masa tu...aq sampy wangsa maju dalam pkul 5.30 then ezwen ckp la antar aq kt umh dulu then 5.45 die dtg ambik aq balik..aq pown akur sahaja dgn perintah die(dushhh akur kepala hangguk aq la mcm laki aq jew nk akur2..wahhahha)
Biasa  la jnji melayukn ckp 5.45 tp pkul 6.30 gak la die dtg selamat aq x tertido kalu x GOODBYE LA JWBNYA...hahhhaa...6.30 tu ewen pown sampy then aq pown tggu die n ad lg sorang membe aidil..lama gak x jmpe mamat nie tp skolah dulu aq n geng2 pompuan kelas aq pggl die mamat alim..ihihiihi....pastu ezwen hntr aq n aidil lpak kdai makn kt keramat  pe ntanh nama die aq pown x ingat..ezwen n naja g mabik princess dorang sorang lg atiqah(yg mula2princess dorang ambik aq la ~ ,^)hahahahha...atiqah nie BFF aq time skolah until now..hihihi..aq ddk la lpak dgn aidil citer2 la pasal stdy die n aq..tgh syok sembang aq terkejut dgn kehadiran seseorang..skali aq toleh tgk 2 membe aq dr skolah rendah sampy skolah menengah kita org kwn kdg2 1 kelas kdg2 x pown..nama die NAZRIN pggl nas jew..rindu kt dak kecik yg comel nie..hahaha..die kecik jew rendah n comel..hhuhhuuhu...lpak2 da order semua da sampy pown waktu berbuka da pown msk..tp dak2 3 org tu x mai2 lg..hhihhhi..Tgh sdap menikmati hidangan berbuka puasa(asal aq nie ckp ayat2 skema jew nie)mereka ber3 pown sampy dgn senyuman kelaparan wahhaaa...
aq order nasi goreng USA n air tembikai jew..yg lain ad nasi goreng biasa n kampung..air teh o ais n teh ais lupa plak air si adil nie  die minum air epal...lpak la skjp last2 lpak sampy pkul 12 tgh malam ye...lame btol lpak kt kdai makan tu..hihiihhih..rupanya dorang dak2 laki ni nk tgk bola...MU vs MACHESTER CITY..patut la pown..tgk dorang ad yg muka sedih ad yg gembira sbb pasuka kegemaran dorang menang..hihihih MU menang beb paling gembira si ezwen tu la sbb die suka MU sama mcm aq tp aq x la gila mcm die..hihhh..
pastu 2 aq  ezwen hntr aq balik umh ler...huhuhuhu..
ape2 punnn aq happy jmpe kwn2 lama time2 skolah..masing2 da matang skarang..hope kitaorang kwn sampy bila2 ..walaupun punn kita semua da kawin k..Kawan2 ku semua...hihiihihiihih
AKU SYANG KORANG SGT2!!!

Selasa, 2 Ogos 2011

Menangis Lagi

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis sorang untuk semua
Kejam dirimu
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Mungkin engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis sorang untuk semua
Apalagi perlu ku rasa
Aku terlupa

Aku kecewa abadinya
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persendakan
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku
Biar aku sendiri

Luka aku terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu ku tahu (Hatinya)
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala

Aku menangis
Aku kecewa lagi untuk sekian kalinya
Dan cinta ini luar biasa
Habis sorang untuk semua
Apalagi perlu ku rasa

Aku terluka, aku kecewa
Tak mungkin kau kan faham sakitnya
Kerna kau lah punca segala
Cinta suci kau persia
Apalagi tinggalkan aku
Biar aku menangis lagi

Sekali Lagi!!

Malam sebelum 1st sblum puasa...
Aku nages lg dan lg semua di sebabkan oleh MR.W....

dgr citer aq nie....hihiihihhiih
Ingat lepas bg peluang kt Mr.W tu boleh la die berubah tp malangnya tnggapan aq meleset die x ubh lg perangai die still mcm dulu..."Kaki Perempuan"....aq bg die masa 1bln suruh die berubah n clear kn dr gurl2 die...tp malang nya malam sblum sambut puasa tu aq dapat taw dr mulut die yg die da ad awek...perhhhhh..time tu mmg sedih gila la..kita da mengharap tp die da ad org lain...aq ingat lg ayat die bg kt mcg..."Ikut haluan masing2 dan cari pilihan hati sendiri..untuk cari pengalaman utk mengenali perangai lelaki...bila tiba masa kita bersatu balik"Aq bkn mcm die senang2 mempermainkan perasaan org...kalu pown aq ad yang lain aq akn pastikan aq x buat ape yang die buat sbb dalam hidup nie ad hukum karma.....
Aq harap die sedar la 1 hari nnt yang hati wanita nie bkn utk disakiti malah utk disygi....


*Semoga awk bahagia disamping wanita pilihan awk.....:)